
Perjanjian ART Malaysia-AS dalam proses ratifikasi
KUALA LUMPUR,. Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai pada 26 Oktober lalu masih berada dalam proses ratifikasi.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, rundingan itu dengan AS masih bersifat tidak muktamad dengan kerajaan sedang meneliti serta mentakrif semula beberapa terma perjanjian berkenaan sebelum ia diratifikasi secara rasmi.
“Berhubung perjanjian ini, sebagai sebuah negara, Malaysia telah menandatangani 17 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), iaitu sembilan melibatkan perjanjian serantau dan serta lapan perjanjian dua hala. Dalam konteks Amerika Syarikat, saya difahamkan rundingan yang sedang berlangsung masih belum dimuktamadkan.
“Ini bukan perkara baharu dari segi FTA dan konteks ekonomi. Namun, apabila meneliti ART ini, ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi dan dibincangkan sebelum perjanjian tersebut dimuktamadkan sepenuhnya. Semua isu berbangkit perlu ditakrifkan dengan jelas sebelum proses ratifikasi akhir dilaksanakan,” katanya.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

