
KPWKM perkukuh usaha pengambilan OKU dalam sektor awam
KUALA LUMPUR,. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menilai semula dan memperkukuh usaha ke arah mencapai sasaran kuota satu peratus pengambilan pekerja orang kurang upaya (OKU) dalam perkhidmatan awam.
Menteri berkenaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata langkah tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran semua pihak memandangkan sasaran berkenaan masih belum mencapai tahap yang diharapkan.
Beliau menjawab soalan Salamiah Mohd Nor (PN-Temerloh) yang ingin tahu tentang usaha kerajaan dalam membentuk Jabatan OKU bagi mengiktiraf sumbangan OKU dalam pembangunan negara pada sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat hari ini..
Bagaimanapun, Nancy memaklumkan bahawa KPWKM telah mencapai hampir dua peratus kadar pengambilan OKU, melebihi sasaran nasional yang ditetapkan.
–BERNAMA

