Boleh pinjam RM5,000? – ‘Scammer’ guna nama Speaker Dewan Rakyat

Boleh pinjam RM5,000? – ‘Scammer’ guna nama Speaker Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR,. “Selamat pagi, boleh pinjamkan saya lima ribu ringgit? Saya akan pulangkan esok pagi…”

Begitulah taktik terbaharu sindiket penipuan yang menyamar sebagai Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dengan menghantar mesej WhatsApp kepada kenalan beliau.

Menurut Johari, kejadian itu disedarinya pada Selasa lalu selepas dimaklumkan salah seorang rakan beliau yang turut menerima mesej tersebut.

“Mesejnya begini. Good morning. Kawan saya jawab, good morning Tan Sri dan dia jawab balik, can you help me please? Kawan saya jawab, can Tan Sri, whats help Tan Sri?
“Can i borrow RM5,000 for transfer. I promise to return tomorrow morning,” katanya pada sidang media di Parlimen di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Johari memberitahu, beberapa individu yang terpedaya termasuk seorang mangsa yang membuat pemindahan sebanyak RM20,000 kerana percaya permintaan itu datang daripadanya.

“Seorang ini maklumkan dia hantar RM20,000, kawan ini (sindiket) minta RM5,000, dia hantar RM20,000 sebab Tan Sri yang minta,” ujarnya.

Sehubungan itu beliau menggesa mereka yang telah membuat pemindahan wang agar segera membuat laporan polis dan menyerahkan satu salinan laporan tersebut kepada pihaknya.

“Sudah tentu perkara ini sudah banyak kali dibincang dan didebatkan dalam Parlimen, kalau saya sendiri boleh menjadi sasaran sindiket penipuan ini, sudah tentu orang lain juga boleh menerima nasib yang sama.

“”Jika seorang Speaker Dewan Rakyat pun boleh kena (diperdaya), apatah lagi orang lain,” katanya.

Johari turut menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan mesej mencurigakan, terutama yang melibatkan permintaan
wang.

–BERNAMA

CATEGORIES
Share This