Vaksinasi remaja 12 hingga 17 tahun lepasi sasaran 60 peratus – Timbalan Menteri Kesihatan

Vaksinasi remaja 12 hingga 17 tahun lepasi sasaran 60 peratus – Timbalan Menteri Kesihatan

KUALA LUMPUR: Peratusan vaksinasi dalam kalangan remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah mencapai sasaran lebih awal berbanding yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) pada November ini.
Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, setakat semalam, sebanyak 62.5 peratus remaja dalam kumpulan berkenaan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos setakat semalam.

“Saya ingin juga memberi maklumat vaksinasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 1.9 juta telah menerima dos pertama setakat semalam, atau 62.5 peratus.

“Sasaran pertama kita ialah 60 peratus dos pertama sekurang-kurangnya pada November. Tetapi setelah 14 hari, kita telah mencapai 62.5 peratus. Satu pencapaian yang sangat memberangsangkan,” katanya pada sesi Penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Dr Noor Azmin berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 343,000 atau 90.9 peratus remaja berusia 16 tahun, dan 344,000 remaja berusia 17 tahun, serta bakal menghadapi peperiksaan telah menerima suntikan pertama vaksin.

Katanya, pemberian vaksin kepada remaja adalah secara sukarela dan ibu bapa bertanggungjawab dalam membuat pilihan terbaik selepas mendapat maklumat mengenai vaksinasi.
“Walau bagaimanapun, kerajaan akan terus berusaha untuk memberikan penerangan berhubung faedah vaksin kepada ibu bapa dan remaja sebagai langkah untuk melindungi diri mereka dan anak-anak daripada jangkitan virus COVID-19,” katanya.

-Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )