Usaha pemutihan senarai dari syarikat tak aktif berterusan

Usaha pemutihan senarai dari syarikat tak aktif berterusan

KUALA LUMPUR,. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan usaha pemutihan berterusan bagi syarikat berdaftar yang didapati tidak lagi aktif.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata syarikat yang didapati tidak menghantar laporan tahunan juga turut dikenakan tindakan mengikut undang-undang berkaitan pendaftaran syarikat.

“Usaha pemutihan sedang dijalankan dan sama ada mereka ini dikenakan kompaun atau tidak, ia tertakluk kepada perundangan yang ada.

“Kita tidak boleh kata untuk melepaskan daripada dikenakan kompaun tapi kita boleh tengok cadangan berkenaan.

“Selain itu, jika syarikat tidak hantar laporan, memang ada dalam perundangan, kita mengenakan sesuatu (tindakan) ke atas mereka,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Jalaluddin Alias (BN-Jelebu), mengenai usaha pemutihan syarikat termasuk, pemilikan tunggal dan sendirian berhad yang tidak aktif dengan tidak dikenakan kompaun, selain tindakan yang dikenakan kepada syarikat yang tidak menghantar laporan.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )