Terserah kepada Petronas untuk putuskan tawaran Saudi Aramco -PM

Terserah kepada Petronas untuk putuskan tawaran Saudi Aramco -PM

KUALA LUMPUR, 7 Okt — Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata terserah sepenuhnya kepada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk memutuskan sama ada mahu mengambil bahagian dalam tawaran awam permulaan (IPO) Saudi Aramco.

Saudi Aramco dikatakan telah menghubungi beberapa pengeluar minyak utama nasional Asia termasuk Petronas berhubung potensi pelaburan utama dalam IPO syarikat tersebut.

“(Ia) bergantung kepada Petronas. Bukan saya (yang akan memutuskannya),” katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen, di sini, hari ini. Dr Mahathir berkata demikian sebagai menjawab soalan sama ada kerajaan mahu melihat Petronas menyertai dalam IPO Saudi Aramco.

Pada 2 Okt, Petronas berkata ia masih belum menerima sebarang tawaran untuk menjadi pelabur utama berpotensi dalam IPO tersebut. “Setakat ini Petronas masih belum menerima sebarang tawaran daripada Saudi Aramco atau wakil dilantiknya untuk menjadi pelabur utams berpotensi dalam cadangan IPO itu,” kata syarikat minyak tesebut.

Dilaporkan bahawa Saudi Aramco dan penasihatnya telah menghubungi beberapa pelabur berpotensi, termasuk China National Petroleum Corp dan entiti milik negara dari Emiriah Arab Bersatu dan Kuwait, serta dana pencen Kanada.

— BERNAMA​​​​​​

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )