SPR perlu RM1.2 bilion jika PRU mengejut dalam tempoh COVID-19

SPR perlu RM1.2 bilion jika PRU mengejut dalam tempoh COVID-19

KUALA LUMPUR,. Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu sebanyak RM1.2 bilion diperlukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika pilihan raya umum mengejut diadakan dalam tempoh penularan COVID-19 sekarang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata jumlah itu adalah anggaran untuk melaksanakan proses pilihan raya dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19.

“SPR memaklumkan sekiranya kerajaan adakan pilihan raya snap (mengejut) untuk seluruh negara pada masa ini, pasca-COVID-19, dianggarkan perbelanjaan sebanyak RM1.2 bilion diperlukan,” katanya menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2019) 2020 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di sini.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )