Sidang Dewan Rakyat patuh SOP namun dengan sedikit kelonggaran

Sidang Dewan Rakyat patuh SOP namun dengan sedikit kelonggaran

BATU PAHAT,. Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual 13 Julai depan akan berlangsung dalam kebiasaan baharu mengikut standard prosedur operasi (SOP) ditetapkan kerajaan namun dengan sedikit kelonggaran.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, berkata kelonggaran itu bagaimanapun tidak akan membelakangkan penjarakan sosial satu meter di antara Ahli Parlimen.

“Kedudukan setiap Ahli Parlimen di dalam dewan akan diperkemaskan, termasuk jarak antara mereka yang sebelum ini agak tidak tersusun.

“Walaupun pada persidangan sebelum ini (18 Mei 2020), ada jarak antara Ahli Parlimen, tetapi untuk persidangan akan datang penjarakan sosial itu akan disusun dalam kiraan yang tepat supaya sidang yang berlangsung mampu memuatkan tetamu yang hadir,” katanya ketika sidang media selepas

Program Pemberian Sumbangan Kebajikan Parlimen Batu Pahat, di sini, hari ini.

Mohd Rashid berkata, semua Ahli Parlimen perlu hadir pada sidang kali ini kecuali yang mempunyai alasan kukuh selain pemeriksaan kesihatan akan dilakukan kepada mereka yang bergejala sahaja.

“Sidang dewan juga akan dijalankan seperti kebiasaannya apabila tempoh masa bersidang akan dimulakan bermula jam 10.00 pagi dan akan tamat pada jam 5.30 petang, kecuali jika ada usul baharu.

“Sidang kali ini juga dianggap penting kerana akan lebih memfokuskan kepada usul yang berkaitan keselamatan negara berbanding dengan usul yang lain,” katanya.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )