Shafie syukur peruntukan khas untuk Sabah akhirnya ditambah

Shafie syukur peruntukan khas untuk Sabah akhirnya ditambah

KUALA LUMPUR: Peruntukan khas RM53.4 juta dalam peruntukan Belanjawan 2020 untuk Sabah tidak besar namun Ketua Menteri Shafie Apdal bersyukur kerana sudah 40 tahun peruntukan untuk negerinya tidak ditambah.

Katanya, peruntukan keseluruhan RM5.2 bilion untuk Sabah mewakili 17% daripada jumlah belanja pembangunan tahun depan, dan sememangnya perlu untuk prasarana negeri. “Sabah merupakan negeri yang besar, populasi ketiga terbesar dan kedua terbesar dari segi saiz.

“Kita berterima kasih…sekurangnya boleh membantu kita walaupun jumlah tak besar,” katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.  Shafie berkata perkembangan ini menyusuli perbincangannya dengan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tentang Perjanjian Malaysia 1963.

“Kami hanya menerima RM26 juta (peruntukan khas) selama 40 tahun,” katanya, dan menambah Sabah memang perlukan RM5.2 bilion bagi kegunaan pembangunan. Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam pembentangan di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan tambahan RM53.4 juta untuk Sabah dan RM32 juta untuk Sarawak.

Kerajaan juga akan menaikkan kadar peruntukan khas sehingga RM106.8 juta untuk Sabah dan RM64 juta untuk Sarawak dalam tempoh lima tahun.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )