Sebarang usul pendidikan mesti terima Bahasa Melayu, sejarah Malaysia – Agong

Sebarang usul pendidikan mesti terima Bahasa Melayu, sejarah Malaysia – Agong

KUALA LUMPUR,. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan sistem pendidikan negara perlu terus diperkasakan sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri serta masa hadapan Malaysia.

Titah berkenaan disampaikan Seri Paduka Baginda ketika menyampaikan Titah Diraja pada Sidang Dewan Rakyat bersempena Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-15, hari ini.

“Sistem pendidikan negara juga perlu terus diperkasakan sebagai asas pembinaan bangsa, jati diri dan masa hadapan negara. Jika hendak mewujudkan sistem pendidikan yang baharu, ia mesti dilaksanakan selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ia merupakan bahasa kebangsaan.

Oleh itu, sebarang usul untuk mengiktiraf apa-apa sistem pendidikan lain mesti menerima Bahasa Melayu dan sejarah Malaysia,” titah Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah pengukuhan sistem pendidikan amat penting bagi memastikan generasi masa hadapan negara dibangunkan dengan nilai jati diri yang kukuh, selari dengan keperluan pembangunan negara yang mampan dan inklusif.

CATEGORIES
Share This