RUU Suruhanjaya Keharmonian tidak diteruskan – Halimah Saddiq

RUU Suruhanjaya Keharmonian tidak diteruskan – Halimah Saddiq

KUALA LUMPUR,. Rang Undang-Undang berkaitan Suruhanjaya Keharmornian dan Rekonsiliasi Nasional bagi menangani isu sentimen perkauman tidak akan diteruskan, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk menangani isu berkaitan agama dan kaum ketika ini.

Beliau berkata hasil penelitian mendapati kebanyakan fungsi yang dicadangkan dalam rang undang-undang itu bertindih dengan akta serta peraturan sedia ada.

“Oleh kerana banyak berlaku pertindihan, kerajaan putuskan tidak berhasrat untuk menggubal satu lagi undang-undang (Rang Undang-Undang Suruhanjaya Keharmornian dan Rekonsiliasi Nasional) baharu yang dikatakan adil dan lengkap kerana akta sedia ada sudah mencukupi.
“Negara sudah pun ada undang-undang yang mencukupi untuk menjaga keharmonian antara kaum dan agama, mereka yang sengaja memecahbelahkan perpaduan serta keharmonian boleh disiasat dan didakwa di bawah akta-akta itu,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian itu.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )