RM135 juta untuk baik pulih sekolah daif di seluruh negara tahun depan

RM135 juta untuk baik pulih sekolah daif di seluruh negara tahun depan

KUALA LUMPUR,. Kerajaan memperuntukkan RM135 juta bagi pembiayaan projek baik pulih dan menyelamatkan bangunan sekolah daif yang berada pada skala lima hingga enam di seluruh negara pada tahun depan.

Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata sekolah berskala lima merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dan memerlukan penyelenggaraan, manakala sekolah skala enam adalah bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan daripada pihak teknikal Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

“Pada tahun ini sahaja,sebanyak RM15 juta turut diperuntukkan untuk tujuan sama dan telah diberikan kepada sekolah mengikut keutamaan dan keperluan sekolah masing masing,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara semalam, ketika menjawab soalan tambahan Senator Robert Lau Hui Yew tentang solusi kementerian menyelesaikan isu sekolah daif yang masih lagi kritikal di Sarawak.

–BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )