Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam

Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam

KUALA LUMPUR,. Rang Undang-undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat semalam.

Rang undang-undang berkenaan dibentang oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan Speaker Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul.

Anwar berkata ia akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-15 yang bermula,semalam sehingga hari ini.

Menurut Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin, rang undang-undang itu adalah bagi membenarkan perbelanjaan untuk sebahagian daripada tahun yang berakhir pada 31 Dis 2023.

Sidang Dewan Rakyat itu diadakan antaranya bagi membentang dan meluluskan peruntukan khas atau bajet mini bagi tujuan membayar emolumen penjawat awam mulai Januari.

Bajet 2023 dibentangkan pada 7 Okt lepas oleh Menteri Kewangan ketika itu Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion tetapi tidak sempat diluluskan kerana Parlimen dibubarkan tiga hari selepas itu bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )