
Projek BALB di Lundu kini pada peringkat ditender
KUALA LUMPUR,. Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) pada sebahagian daerah Lundu, Kuching, Sarawak yang bernilai RM119.1 juta kini pada peringkat untuk ditender, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.
Beliau berkata projek berkenaan dijangka memberikan manfaat bekalan air terawat kepada 36 kampung yang melibatkan 2,184 pintu rumah di daerah Lundu.
“Projek ini juga melibatkan tempoh pembinaan selama dua tahun … setelah projek itu siap kela, ia akan diserah kepada kerajaan negeri melalui Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Mordi Bimol (PH-Mas Gading) yang ingin tahu kampung dan kawasan perumahan dalam Parlimen Mas Gading yang belum mendapat air terawat serta status terkini dan jangkaan siap BALB melibatkan daerah Lundu.
–BERNAMA

