Pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dibentang di Dewan Rakyat

Pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dibentang di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR,. Cadangan pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang antaranya bertujuan memperluas pemakaian akta itu meliputi lebih banyak sektor dibentang untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Rang Undang-undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020 itu dibentang Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan (gambar).

Pindaan itu juga bertujuan menaikkan denda ke atas majikan yang gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja.

Antaranya, Seksyen 19 rang undang-undang itu menaikkan denda dari RM50,000 kepada RM500,000 bagi kesalahan termasuk melibatkan kegagalan majikan untuk membentuk dasar keselamatan dan kesihatan.

Seksyen 23 pula menaikkan denda dari RM20,000 kepada RM200,000 bagi pihak yang melanggar peruntukan Seksyen 21 dan 22 mengenai kewajipan pengilang ke atas loji dan bahan bagi kegunaan semasa bekerja.

Dalam pada itu, Saravanan turut membentangkan Rang Undang-undang Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2020 untuk bacaan kali pertama.

Beliau berkata bacaan kali kedua untuk kedua-dua rang undang-undang berkenaan akan dibuat pada persidangan ini.

Persidangan dewan bersambung esok.

— Bernama

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )