Pindaan Akta 317 bagi kekang aktiviti penangkapan ikan berlebihan

Pindaan Akta 317 bagi kekang aktiviti penangkapan ikan berlebihan

KUALA LUMPUR,. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dalam proses meminda Akta Perikanan 1985 (Akta 317) antaranya untuk meningkatkan kadar hukuman sebagai langkah mencegah pencerobohan vesel yang menangkap ikan tempatan secara haram.

Menteri berkenaan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pindaan itu juga sebagai sebahagian daripada langkah KPKM bagi mengekang aktiviti penangkapan ikan secara berlebihan.

“Bagi memastikan peralatan tangkapan yang digunakan tidak menjejaskan ekosistem perikanan, DOF telah menyenaraikan bubu naga sebagai peralatan larangan dalam Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Cara Menangkap Ikan) 1980 serta Peraturan-Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Terancam) 1999 berkuat kuasa 1 Mei 2024,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) yang ingin tahu bagaimana kementerian memastikan penangkapan ikan air laut di perairan secara berlebihan dikawal, terutama di kawasan perairan yang terancam akibat aktiviti itu pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )