Peruntukan RM10 juta diberikan kepada Sarawak laksana projek kelapa

Peruntukan RM10 juta diberikan kepada Sarawak laksana projek kelapa

KUALA LUMPUR,. Jabatan Pertanian Sarawak telah diberikan peruntukan syiling RM10 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi pelaksanaan projek pembangunan industri kelapa.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata sehingga 2 November lalu, sebanyak RM6.89 juta telah dibelanjakan untuk tujuan itu, yang melibatkan 1,100 hektar kawasan penanaman kelapa.

“Terima kasih kepada (penduduk) Sarawak kerana sentiasa bersama menyahut pelan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan kerana kita tahu harga kelapa agak meningkat di pasaran sekarang,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Ahmad Ibrahim yang ingin tahu langkah kerajaan bagi memastikan pengurusan komoditi kelapa yang lebih efisien di bawah Lembaga Perindustrian Nenas, Kelapa dan Durian Malaysia (LPNKDM) serta peruntukan diberikan kepada Sarawak untuk penanaman komoditi berkenaan.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )