Pelaksanaan perkhidmatan 5G tertumpu di kawasan bandar terlebih dahulu

Pelaksanaan perkhidmatan 5G tertumpu di kawasan bandar terlebih dahulu

KUALA LUMPUR,. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang berusaha untuk mempercepatkan pelaksanaan teknologi 5G bagi menyempurnakan kesalinghubungan Internet ke seluruh negara sekali gus memastikan industri kreatif dan digital negara tidak ketinggalan.

ADVERTISEMENT

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata buat masa ini Digital Nasional Bhd (DNB) selaku pengendali perkhidmatan borong tunggal 5G negara memberi tumpuan pelaksanaan teknologi 5G itu di bandar-bandar besar terlebih dahulu.

“Kita sedar bahawa Malaysia agak ketinggalan dalam 5G. Disebabkan itu usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan yang menubuhkan sebuah syarikat dinamakan DNB untuk mereka mengambil alih tugas (pelaksanaan) 5G ini manakala tugas 4G masih diusahakan oleh syarikat telekomunikasi sedia ada supaya seluruh negara kita ini mendapat 4G dan menutup 3G.

“Usaha yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan ini pertamanya tertumpu di bandar-bandar besar terlebih dahulu dan bukan di kampung-kampung. Jadi ia akan mengambil masa dan kita sedar keadaan ini kita nak percepatkan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai langkah kerajaan untuk menyegerakan perkhidmatan 5G di Malaysia agar industri kreatif dan digital tidak ketinggalan memandangkan 58 negara termasuk Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura sudah mempunyai perkhidmatan 5G.

ADVERTISEMENT

Menjawab soalan asal Ahmad mengenai perancangan yang dilakukan untuk menjadikan industri kreatif dan digital sebagai sumber pendapatan kepada golongan belia, Zahidi berkata KKM melalui agensinya menawarkan pelbagai program dalam bentuk kemudahan pembiayaan, pembangunan kapasiti, akses dan promosi bagi meningkatkan penglibatan golongan belia dalam dua industri itu.

Beliau berkata menerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd dan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA), sebanyak RM11.16 juta diperuntukkan melalui program Geran Pembiayaan Peralatan Muzik dan Online Streaming, pinjaman mikro usahawan kreatif, program Pembiayaan Karya Kilat dan Pembiayaan Muzik Independen.

Menurutnya, ia melibatkan pembangunan bakat, bantuan pinjaman mudah, bantuan geran untuk pemasaran serta platform untuk penciptaan produk dan perkhidmatan bernilai tinggi.

“Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) pula melalui program di bawah Dana Kandungan Digital turut membantu penggiat industri termasuklah golongan belia dalam penghasilan karya melalui pembangunan kandungan industri kreatif dengan jumlah peruntukan sebanyak RM38 juta,” katanya.

Selain itu, Zahidi berkata Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) turut melaksanakan pelbagai program untuk membuka peluang dan memberi manfaat terutamanya kepada golongan belia seperti program Global Online Workforce, program Premier Digital Tech Institutions, program Pembangunan Perusahaan Kandungan Digital, program Penggalakan Penstriman dan Kandungan Video serta Kempen Usahawan Muda di bawah program eUsahawan.

ADVERTISEMENT

“Di samping itu, program LEVEL [email protected] atau program pembangunan aplikasi permainan digital dan [email protected] bagi penghasilan animasi mudah telah disediakan khususnya kepada golongan pelajar.

“Sehingga kini, seramai lebih kurang 270,000 peserta yang terdiri daripada golongan belia mendapat manfaat daripada program-program itu,” katanya. – BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )