Parlimen diarah dikosongkan

Parlimen diarah dikosongkan

KUALA LUMPUR,. Situasi cemas tiba-tiba tercetus di Parlimen apabila loceng penggera di seluruh bangunan utama dibunyikan, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Isyarat kecemasan itu sekali gus memaksa semua petugas dan pelawat yang berada di Parlimen diarah mengosongkan bangunan secepat mungkin, bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini.

Kakitangan keselamatan Parlimen yang enggan namanya disiarkan bagaimanapun tidak dapat mengesahkan punca penggera berkenaan tiba-tiba dihidupkan.

“Kita masih check (periksa) kenapa tiba-tiba penggera berbunyi,” katanya.

Selepas kira-kira 13 minit segenap penjuru bangunan utama Parlimen hingar dengan bunyi penggera, ia akhirnya dimatikan petugas keselamatan.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )