Pacu kecendekiaan dalam masyarakat
PUTRAJAYA,. Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan memperkenalkan matlamat baharu iaitu memacu kecendekiaan masyarakat, kata, Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah.
“Kecendekiaan bermaksud masyarakat yang mampu memperoleh dan memanfaatkan ilmu dan kemahiran,” katanya dalam sidang media, di kementeriannya di sini hari ini.
Saifuddin juga mengumumkan akan menubuhkan Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia yang dianggotai pelbagai pihak pemegang taruh yang berkaitan dengan undang-undang, dasar dan program kementerian.
Beliau juga berkata, dasar dan program KKMM yang dilaksanakan atau sedang dirangka akan diteruskan bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. – BERNAMA
CATEGORIES Berita Semasa