Menyelami kepimpinan Muhyiddin tangani COVID19

Menyelami kepimpinan Muhyiddin tangani COVID19

Oleh :
Dr. Azmi Hassan

Semenjak dilantik ke jawatan Perdana Menteri 1 Mac lepas, begitu jarang sekali Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kenyataan politik walaupun senario politik pada ketika itu dan juga sekarang amat memerlukan penjelasan daripada beliau terutama sekali berkaitan dengan tuduhan ‘kerajaan pintu belakang’.

Ini adalah kerana Muhyiddin amat sedar negara sedang berhadapan dengan kemelut pandemik COVID-19 dan jika tidak ditangani dengan teliti, sudah pasti akibatnya adalah padah.

Muhyiddin juga akur jika terlalu banyak kenyataan politik dikeluarkan, maka senario seperti ini sudahpasti akan memberi kesan kepada tumpuan kerajaanberhadapan dengan ancaman virus ini.

Malah, pendirian jelasnya itu turut beliau kongsikan dan antara yang paling menarik perhatian ketika temubual khas Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro Awani beberapa hari lepas.

“Saya sejak awal duduk di kerusi Perdana Menteri, tak fikir soal politik. Soal pokok sekarang ini rakyat tak nak dengar dah. Saya tahu mereka muak cerita itu. Yang mereka nak tahu, apa kerajaan buat. Apa Perdana Menteri atau Jemaah Menteri dan juga pentadbiran kerajaan yang ada hari ini laksanakan untuk menangani isu penting yang sedang mereka hadapi”.

Kepimpinan semasa krisis

Kepimpinan adalah ungkapan paling kritikal ketika Malaysia dan seluruh dunia menghadapi ancamanCOVID-19 yang tidak mengenal status negara atau individu seseorang. Sebab itu, apabila Amerika Syarikat (AS) mengatasi China dari segi jumlah jangkitan virus dan Perdana Menteri United Kingdom (UK) Boris Johnson turut disahkan positif COVID-19, itu adalah manifestasi bahawa virus tersebut tidak memilih sasaran.

Strategi dan dasar yang mantap hanya boleh terlaksana dengan efisien apabila wujud kepimpinan yang membenarkan organisasi bertanggungjawab melaksanakan peranan masing-masing. Kewujudan kepimpinan sedemikian adalah penting keranaancaman COVID-19 bukan sahaja berkaitan dengan isu kesihatan tetapi merangkumi berbagai sektorseperti keselamatan, ekonomi, sosial, pendidikan dan banyak lagi.

Umpamanya, apabila Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac lepas, strateginya adalah untuk mengawal pergerakan rakyat Malaysia supaya rantaian jangkitan virus COVID-19 dapat diputuskan. Strategi serupa yang mula diamalkan di Wuhan dalam wilayah Hubei di China tiga bulan lepas telah membuahkan hasil yang menggembirakan apabila jumlah penduduk Wuhan yang dijangkiti virus dapat dikurangkan dengan begitu drastik sekali sehingga Beijing mengisytiharkan wilayah Hubei bebas jangkitanCOVID-19.

Sebab itu juga selepas 17 hari mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, Muhyiddin mengejutkan negara apabila mengumumkan pelaksanaan PKP di seluruh negara. Bukan mudah untuk membuat keputusan sedemikian lebih-lebih lagi dalam keadaan politik negara yang tidak tenteram ketika itu, tetapi hakikatnya keputusan Muhyiddin sebenarnya adalah manifestasi kekuatan kepimpinan beliau.

Perlu diingatkan ketika strategi PKP dilaksanakan,beberapa negara maju seperti AS, UK dan Australia masih belum melaksanakan arahan ala PKP Malaysia. Begitu juga neagra jiran terdekat kita, Singapura, yang masih memandang sepi dengan strategi PKP kitapada ketika itu. Ramai juga yang mempersoalkan kepimpinan Muhyiddin dengan berhujah jika PresidenDonald Trump, Perdana Menteri Boris Johnson, Scott Morrison dan Lee Hsien Loong menolak ke tepistrategi ‘lockdown’, mengapa pula Perdana Menteri Malaysia mahu menongkah arus.

Tidak perlu diperdebatkan lagi manfaat PKP keranasaban hari statistik jumlah mereka yang dijangkitivirus itu menurun berbanding dengan Singapura yang lewat tiga minggu melaksanakan PKP, jumlahjangkitan di republik berkenaan mencatatkan angka menggerunkan.

Keberkesanan strategi PKP

Strategi PKP hanyalah sebahagian daripada kaedahyang digunakan oleh kerajaan pimpinan Muhyiddindalam mendepani dan menangani isu COVID-19 dantidak dapat dinafikan bahawa setiap langkah yang dilaksanakan dapat dilakukan secara bersepadu dantersusun kerana wujudnya kepimpinan yang mantap. Apabila Majlis Keselamatan Negara (MKN) dijadikan agensi rujukan untuk memastikan dasar yang dibentuk dapat dilaksanakan dengan tersusun dan berkesan, itusekali lagi mempamirkan kepimpinan mantap kerajaan pimpinan Muhyiddin.

MKN menjadi agensi induk menangani COVID-19 kerana ia mempunyai keutuhan dari segi perundangan melalui Akta MKN 2016 yang antara lain mempunyai kekuatan struktur organisasi bukan sahaja yang membabitkan isu keselamatan.

Perlu juga diberi perhatian walaupun MKN dijadikan agensi rujukan untuk penggubalan dasar dan strategi berkaitan COVID-19 namun, memandangkan isu inibukan hanya berkaitan keselamatan semata-mata tetapi merentasi berbagai sector, maka jawatankuasa itu dipengerusikan sendiri oleh Muhyiddin denganpara anggotanya merangkumi mereka daripada pelbagai latar belakang dan kepakaran.

Jika diteliti strategi kepimpinan Muhyiddin berkaitanCOVID-19, ia merangkumi tiga entiti penting demi memastikan koordinasi paling efisien. Entiti pertamaialah Muhyiddin sebagai perdana menteri bertanggungjawab membuat pengumuman pentingumpamanya mengenai perlaksanaan PKP dan Pakej Rangsangan Ekonomi. Menteri Pertahanan iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah entiti kedua dalam hal keselamatan di mana kenyataan berkaitan akan dikeluarkan beliau. Entiti ketiga pula berkaitan sektor kesihatan yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang lazimnya akan membuat sidang berita harianmengenai status COVID-19.

Setiap keputusan yang dibuat tidak kira merangkumi sektor apa sekali pun mesti selari dengan dasar yang diputuskan oleh jawatankuasa COVID-19. Tidak dinafikan, koordinasi melalui kepimpinan tertinggi kerajaan adalah kritikal dan rakyat Malaysia secara puratanya berpuas hati malah berbangga dengan carakerajaan menangani isu virus ini. Tahap puas hati ini adalah penting kerana sedikit sebanyak ia meredakan kegusaran rakyat terutama sekali dalam tempoh PKP.

Malaysia berada dalam keadaan yang bernasib baikkerana koordinasi di antara pihak yang berkaitanberlaku dalam tahap yang efisien. Dasar yang digubalmampu dilaksanakan dengan tersusun keranawujudnya koordinasi serta kepimpinan dan dikuatkandengan asas perundangan melalui penggunaan aktaberkaitan sedia ada.

Malah, strategi memperkenalkan PKP Bersyaratbermula pada 4 Mei ini menunjukkan keputusantersebut sebenarnya manifestasi kepimpinanMuhyiddin. Ini adalah kerana untuk membenarkanbeberapa aktiviti ekonomi dan sosial walaupundengan kekangan, ia memerlukan seorang pemimpindengan gaya kepimpinan holistik untuk membawamaksud setiap keputusan yang dibuat denganmengambil kira semua faktor dan aspek.

Jika tiada asas kepimpinan yang mantap, maka apayang menimpa AS adalah senario yang dijangkakan dan patut dihindarkan. Ini dapat dilihat daripada tiadanya koordinasi dan sering timbul pertelingkahan di antara kerajaan Persekutuan pimpinan Trump dengan Gabenor beberapa negeri seperti New York dan Michigan umpamanya. Walaupun New York dianggap sebagai kawasan merah kerana mempunyaijumlah penduduk yang positif COVID-19 paling ramai, tetapi oleh kerana tiadanya kepimpinan mantap peringkat Persekutuan maka, dasar yang sepatutnya dapat mengurangkan jumlah jangkitan tidak dapat dilaksanakan walaupun AS dianggap negara yang terkehadapan kemajuaannya dalam segala hal.

— BERNAMA

Prof Madya Kanan Sr Azmi Hassan merupakan PakarGeostrategi Fakulti Razak, Universiti TeknologiMalaysia (UTM)

(Semua yang dinyatakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak menggambarkan dasar atau pendirian rasmi BERNAMA)

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )