Menteri Kesihatan @DrDzul Menjawab Solan No 1 – MP Bagan Serai

1. Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai] minta Menteri Kesihatan menyatakan apakah status permohonan 7,000 doktor perubatan umum untuk mengharmonikan fi perundingan di Jadual Ketujuh dengan Jadual Ketiga Belas, yang tidak dihiraukan sejak 1992, kira-kira 27 tahun dahulu sedangkan kos operasi klinik, kos ubat-ubatan serta kos peralatan klinik telah meningkat begitu ketara sekali.

@KKMPutrajaya @DrDzul

Hansard

Menteri Kesihatan [Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih sahabat saya Yang Berhormat Bagan Serai yang bertanya dengan sangat bersemangat sebentar tadi.  Ya Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat Bagan Serai, saya amat peka dan prihatin dengan persoalan permohonan lebih 7,000 doktor perubatan swasta dalam hal mendapat pelarasan sebenarnya atau kenaikan dalam Jadual Ketujuh, jadual yang menentukan apa yang diistilahkan sebagai fi perundingan pengamal-pengamal perubatan swasta yang menentukan antara lainnya fi dikenakan kepada pesakit (patient).

Saya memahami perkara ini dan telah pun melibatkan libat urus yang kita adakan pada bulan seawal tahun ini dan telah pun memberikan maklum balas ini kepada Mesyuarat Post Cab saya. Lalu dengan itu, saya ingin nyatakan sebenarnya pada tahun 2013, general practitioner (GP) yang berkhidmat di hospital swasta mendapat kenaikan dalam Schedule Ketiga Belas mereka. Jadual Ketiga Belas adalah jadual yang menentukan fi di hospital-hospital swasta. Bersekali dengan itu, GPs swasta mendapat – yang bekerja dalam emergency department (ED), mereka mendapat pelarasannya tahun 2013.  Sementara kawan-kawan mereka seramai 7,000 lebih, mereka ini dalam klinik- klinik swasta tidak mendapat pelarasan itu. Isunya adalah ketika mana perkara ini saya

perhatikan dan permohonan-permohonan dibuat, saya mengangkat perkara ini dalam satu memorandum kepada Jemaah Menteri pada 24 April tahun ini dan langsung diputuskan oleh Jemaah Menteri supaya cadangan ini diangkat kembali, dibincangkan secara lebih teliti dalam Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara sebelum sebarang keputusan dapat dibuat bagi mengkaji kalaulah diadakan kenaikan dari segi impak kepada rakyat.

Justeru itu, diputuskan susulan itu daripada keputusan Jemaah Menteri tersebut cadangan pindaan ini telah dibentangkan di Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Peringkat Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) pada 1 Ogos 2019. Yang Berhormat, memutuskan supaya julat perundingan bagi pengamal perubatan am swasta dicadangkan antara RM30 sehingga RM125 dikurangkan sedikit kepada satu julat yang lebih munasabah. Kesemua ini dimahukan satu kajian impak akan kenaikan ini.
Justeru Tuan Yang di-Pertua, saya sebagai Menteri Kesihatan sangat peka dengan hal ini dan akan terus membentangkan perkara ini dalam Jemaah Menteri sekali lagi setelah satu keputusan dibuat di peringkat NACCOL. Begitu dahulu Tuan Yang di- Pertua.

Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hairan mengapakah penyelarasan fi ini tidak dilakukan pada tahun 2013? Apabila KKM tersedar yang fi yang baru diluluskan itu digazet hanya untuk Jadual Ketiga Belas PHFSA dengan izin tahun 1998, Akta 586. Adakah dengan membiarkan fi ini selama 27 tahun begini KKM berlaku adil dan prihatin kepada nasib doktor-doktor perubatan umum yang dikatakan gatekeepers dengan izin kepada perkhidmatan kesihatan negara. Terima kasih.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Yang Berhormat Bagan Serai pastinya sedar betapa saya sangat prihatin dengan perkara ini sekali gus meletakkan penglibatan GP (General Private) swasta dalam Program PeKa B40, PeKa Game Changer saya yang mereka berikan penglibatan secara langsung untuk memastikan mereka juga mendapat dukungan daripada kerajaan baharu ini.

Lalu untuk menjawab itu secara lebih khusus saya ingat itu tahun 2013 sebelum daripada pentadbiran kita kerajaan baharu ini. Adapun bagi saya seterusnya moving forward saya sangat prihatin tentang perkara ini. Saya tahu ia akan meninggalkan kesan dan impak kewangan kepada rakyat andainya kalau ia tidak dikira dan diambil satu

kajian tentang financial impact ataupun kajian impak tetapi saya sebagai Menteri sangat mahukan penyelarasan sebenarnya.
Bukan juga kenaikan, pelarasan ketika tahun 2013 mereka di hospital-hospital swasta mendapat kenaikan tetapi ketinggalan golongan ataupun tujuh ribu lebih pengamal klinik swasta mereka tidak membuat penyelarasan itu. Jadi saya kira mengimbangi kedua-dua ini, saya sangat peka Tuan Yang di-Pertua untuk kenaikan ini diberikan kepada mereka sementara jumlah kenaikan itu diteliti dengan baik supaya kesan dan impak kepada Indeks Harga Pengguna (CPI) itu dapat kita memahami sejauh mana impaknya itu.

Jadi oleh kerana itu saya yakin pihak GP swasta juga memahami daripada perspektif saya dan memberikan saya sedikit waktu lagi setelah Mesyuarat Eksekutif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) akan sekali lagi bersidang dalam bulan November ini, Yang Berhormat Bagan Serai. Saya yakin perkara itu akan dapat dirumuskan dengan baik dan berkesan. Terima kasih Yang Berhormat.

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, kalau kita melihat bagaimana kos operasi yang meningkat menyebabkan banyak klinik swasta terpaksa ditutup terutama di bandar-bandar akibat daripada kenaikan harga sewa dan juga harga ubat-ubatan.
Jadi apakah pemantauan yang telah dibuat oleh pihak kementerian untuk memastikan perkara ini tidak terus berlaku dan pemantauan terhadap caj yang dikenakan kepada pengguna yang menyebabkan pengguna terpaksa memikul beban yang tinggi. Minta penjelasan.

Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad: Terima kasih Yang Berhormat Rantau Panjang, dalam ulasan dan komentari yang sedikit itu pun menampakkan satu konflik antara mengizinkan kenaikan kepada pengamal-pengamal klinik swasta ataupun GP swasta ini, sementara cuba untuk mengimbangi dengan impak yang akan terkena akibat kenaikan itu.
Saya sangat prihatin dan saya sangat memahami kesemua Ahli-ahli Parlimen di Dewan Rakyat ini tahu bahawa di situlah mengambil sedikit waktu oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Kami sentiasa bekerja bergandingan lalu di situlah masa diperlukan supaya julat RM30 ke RM125 itu dibuat kajian dan financial impact study dengan izin ataupun kesan impak kepada pengguna itu dapat benar-benar dicerakinkan dan difahami.

Itulah sebenarnya Tuan Yang di-Pertua, memakan sedikit waktu. Adapun atas isu klinik-klinik swasta itu saya sangat prihatin tentang perkara ini yang saya sebutkan lebih awal tadi itulah antara sebabnya mengapa dalam program Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40) saya libatkan di samping klinik-klinik kerajaan, kita juga melibatkan klinik- klinik swasta yang menjadi istilah yang digunakan oleh Yang Berhormat Bagan Serai tadi the gatekeeper of the primary care.

Saya mahu memperkuatkan dan memperteguhkan amalan primary care kedua- duanya klinik-klinik swasta yang seharusnya memberikan value based healthcare ataupun dengan menaikkan nilai-nilai ataupun nilai kepada patient dalam urusan mereka dan juga klinik-klinik kesihatan kami di bawah KKM juga. Gandingan dua inilah Tuan Yang di-Pertua, yang akan benar-benar dapat berperanan sebagai the gatekeeping role untuk memastikan prevention ataupun pencegahan kepada penyakit-penyakit khususnya penyakit tidak berjangkit (NCD), kencing manis, diabetes, darah tinggi, tinggi lemak, tinggi kolesterol di sinilah peranannya.

Oleh sebab itu saya sangat peka tentang peranannya klinik-klinik swasta bersekali dengan klinik-klinik kerajaan untuk digandingkan, untuk memberikan the best outcome untuk menjaga apa yang diistilahkan sebagai penjagaan dan prevention promotive dan predictive healthcare. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )