Menteri di Jabatan Perdana Menteri @VKLiew185 Menjawan Soalan no 3 – MP Puncak Borneo
3. Tuan Willie anak Mongin [Puncak Borneo] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah rakyat Malaysia yang telah diisytiharkan muflis dari tahun 2015 hingga Ogos 2019. Apakah pecahan umur, kelas dan kaum kumpulan ini dan strategi kerajaan untuk menolong mereka termasuk program “financial literacy”.
@VKLiew185 @BHEUU1
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih kepada Yang Berhormat Puncak Borneo atas soalan ini. Tuan Yang di-Pertua, berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia setakat bulan Ogos 2019, jumlah keseluruhan kes kebankrapan yang telah pun direkodkan ialah sebanyak 300,908 kes. Berikut dikemukakan jumlah kes kebankrapan mengikut pecahan umur, kelas dan kaum yang direkodkan oleh jabatan ini mulai daripada tahun 2015 sehingga Ogos tahun ini.
Kes Kebankrapan:
Tahun | Jumlah Kes |
2015 | 18,497 |
2016 | 19,588 |
2017 | 18,027 |
2018 | 16,482 |
Ogos 2019 | 7,871 |
JUMLAH | 80,625 |
Kes Kebankrapan Mengikut Jantina:
Tahun | Lelaki | Perempuan |
2015 | 12,787 | 5,670 |
2016 | 13,364 | 6,224 |
2017 | 12,452 | 5,775 |
2018 | 11,760 | 4,722 |
Ogos 2019 | 5,810 | 2,061 |
Mengenai kaum-kaum yang lain saya akan membekalkan soalan ini kerana ia terlebih panjang Tuan Yang di-Pertua kepada Yang Berhormat dia punya jumlah kes kebankrapan mengikut kaum daripada tahun 2015 sehingga tahun 2019.
Tuan Yang di-Pertua, kerajaan pada masa ini telah pun melaksanakan pelbagai usaha bagi mengurangkan kadar kes-kes kebankrapan di Malaysia. Tidak dinafikan golongan belia pada masa ini dipengaruhi oleh trend terkini yang menyebabkan golongan ini berbelanja di luar kemampuan pendapatan. Jadi, kerajaan melalui Jabatan Insolvensi telah melaksanakan program bagi mewujudkan kesedaran masyarakat tentang isu muflis seperti outreach program dan selain daripada itu, kerajaan juga melalui agensi kaunseling dan pengurusan kredit AKPK iaitu sebuah agensi di bawah Bank Negara Malaysia telah juga mengadakan program-program untuk memberi kesedaran tentang isu muflis.
Selain daripada itu, pengurusan kewangan yang berhemah dan terancang akan menjamin kedudukan kewangan di tahap yang terbaik. Jadi melalui pendidikan ini akan dapat membantu golongan belia khususnya untuk berbelanja secara berhemah dan bijak dalam pengurusan kewangan bagi mengelakkan kebankrapan. Itu sahaja. Sekian, terima kasih.
Tuan Willie anak Mongin [Puncak Borneo]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya juga ingin bertanya kenapa jumlah rakyat Malaysia yang muflis kian meningkat dari tahun ke tahun. Manakala daripada statistik yang diberi oleh Yang Berhormat Menteri tadi, kita melihat ramai golongan lelaki yang muflis daripada golongan wanita.
Saya juga ingin mengetahui bahawa ramai yang bankrap lebih daripada 15 tahun ke atas. Kenapa pihak MDI tidak mengambil langkah positif untuk bebaskan mereka ini daripada kebankrapan?
Saya percaya dengan langkah proaktif, statistik kebankrapan akan turun dan saya percaya KPI MDI ialah memastikan jumlah kebankrapan ini turun dan bukan semakin menaik. Jika kita lihat, sekarang ini mereka tidak ada ruang serta peluang dan cara lain untuk keluar, jadi saya berharap agar ada satu mekanisme untuk membantu golongan mereka ini. Oleh sebab ada yang bankrap kerana RM 20,000, RM 30,000, jadi kalau ada pelan pembayaran semula yang distrukturkan untuk mereka ini keluar daripada senarai muflis ini dan saya rasa kerajaan patut campur tangan untuk membantu golongan ini. Saya minta penjelasan Yang Berhormat Menteri.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri [Datuk Liew Vui Keong]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Puncak Borneo atas soalan tambahan ini. Untuk makluman Yang Berhormat dalam Dewan yang mulia ini, pihak Jabatan Insolvensi telah pun berjaya membebaskan kurang lebih sebanyak 30 ribu kes daripada jangka yang saya telah pun berikan, daripada sebanyak 300,908 kes tadi. Ini bermakna sebenarnya kes yang bankrap ini berjumlah 330, akan tetapi pihak Jabatan Insolvensi telah pun berjaya untuk mengurangkan kurang lebih sebanyak 30 ribu kes.
Jadi, ini adalah satu jangka yang amat baik di mana langkah telah pun diambil untuk memastikan mereka yang telah pun layak untuk dikeluarkan daripada kebankrapan ini dapat diberikan kebebasan. Jadi, selain daripada itu kerajaan juga dalam melalui Jabatan Insolvensi ini actively dengan izin Tuan Yang di-Pertua untuk mengemaskinikan rekod-rekod kebankrapan ini daripada sebelum kemerdekaan, di mana mereka juga telah pun dibankrapkan dan ada juga yang telah pun dibankrapkan sejak 60-an, 70-an dan 80-an sehingga 90-an, sehinggalah hari ini.
Jadi, saya mengambil makluman bahawa memang terdapat ramai yang telah pun dibankrapkan mengikut jadual-jadual yang saya telah pun katakan tadi, ada yang lebih daripada 15 tahun. Akan tetapi untuk pihak MDI, Jabatan Insolvensi membebaskan mereka, pertamanya kenalah datang untuk berjumpa dengan pihak MDI dan membuat permohonan melalui peguam mereka untuk mendapatkan kebebasan. Pihak Jabatan Insolvensi boleh membebaskan mereka yang telah pun meninggal dunia mengikut peruntukan Seksyen 82 Akta Insolvensi 1967.
Selain daripada itu Tuan Yang di-Pertua, di bawah Seksyen 33B (2A) bankrap juga boleh memohon kepada pihak MDI untuk mendapatkan kebebasan. Akan tetapi ini tertakluk kepada syarat-syarat dalam Seksyen 33B ini dan juga tertakluk kepada judgement creditor sama ada akan membantah ataupun menyokong dengan permohonan mereka ini. Jadi, itu sahaja.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kita maklum bahawa sebahagian besar ataupun sebahagian daripada si bankrap ini adalah terdiri daripada mereka yang merupakan penjamin, guarantor sebagai contohnya mereka merupakan co-owner kepada satu property yang dijadikan kolateral kepada satu-satu kemudahan pinjaman.
Soalan saya sejauh mana kerajaan melalui Jabatan Insolvensi dan juga melalui AKPK mengadakan perundingan perbincangan dengan persatuan bank-bank dalam Malaysia ini untuk mereka mempertimbangkan kes-kes jaminan seumpama itu dan mereka tidak membantah permohonan pelepasan kebankrapan semasa di mahkamah. Terima kasih.
Datuk Liew Vui Keong: Terima kasih kepada Yang Berhormat Kota Bharu ke atas soalan ini. Untuk makluman Yang Berhormat, di bawah seksyen 33B (2A) ini telah pun memberikan ruang kepada pihak Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi untuk menggunakan discretion nya untuk mengeluarkan mereka yang telah pun dijadikan sebagai social guarantor. Akan tetapi malangnya dalam kes-kes tertentu di mana mereka yang memohon kepada pihak MDI dan juga kepada pihak mahkamah, bank telah pun datang membantah mengatakan bagaimana kita boleh menentukan bahawa mereka adalah social guarantor dalam kes-kes ini kerana banyak yang datang mengatakan mereka telah pun di jadikan guarantor kerana peminjam itu telah pun menyuruh mereka untuk menjadi guarantor.
Jadi, bank kadangkala tidak dapat memastikan bahawa dalam sesuatu kes itu, mereka yang menjamin itu adalah proses yang dikatakan sebagai sosial guarantor. Jadi, apabila bank membuat bantahan di mahkamah, pihak mahkamah kadangkala akan mempertimbangkan kes-kes daripada bank dan mengatakan bahawa pihak mereka yang memohon untuk mengeluarkan daripada guarantor untuk pihak MDI untuk memberikan lebih penjelasan. Kadangkala pihak mahkamah akan memberi middle road untuk memberikan mungkin masa dalam dua tahun untuk memastikan mereka tidak dapat bayar dan yang jadi guarantor itu dapat memastikan bahawa mereka telah pun di pergunakan, sekiranya kita boleh kata sedemikian.
Saya juga faham bahawa ramai juga wakil-wakil rakyat kadangkala menjadi guarantor atas sesuatu kes di mana di minta atau dipohon daripada pengundi-pengundi ataupun penyokong daripada kawasan. Jadi, kadangkala wakil rakyat dit tidak tahu Tuan Yang di-Pertua menjadikan guarantor dalam kes sedemikian, bukan sahaja perumahan akan tetapi kenderaan. Jadi, selepas itu peminjam ini dia tidak bayar oleh kerana bank kata you telah pun menandatangani perjanjian yang mana you telah pun setuju untuk membayarkan hutang daripada penjamin. You as the guarantor you kena bayar, so mereka mengikut perundangan untuk memastikan guarantor itu akan bayar. Adakala kes-kes tertentu di mana peminjam ini keluar daripada responsibility mereka dan tidak bayar, manakala penjaminlah yang menjadi mangsanya kebanyakan itu , Tuan Yang di- Pertua. Terima kasih.