LRT3: Aspek keselamatan jadi keutamaan mutlak

LRT3: Aspek keselamatan jadi keutamaan mutlak

KUALA LUMPUR,. Aspek keselamatan menjadi keutamaan mutlak dalam pelaksanaan projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) meskipun berdepan isu kelewatan operasi.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata penangguhan operasi LRT3 berpunca daripada beberapa isu teknikal yang dikenal pasti semasa proses ujian dan pentauliahan yang sedang dilaksana.

“Kerajaan ingin menegaskan bahawa aspek keselamatan merupakan keutamaan mutlak dan tidak akan dikompromi dalam apa jua keadaan.

“Sebarang usaha untuk memenuhi garis masa pelaksanaan tidak sesekali akan mengatasi kepentingan keselamatan pengguna dan orang awam,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Pengangkutan Malaysia di Dewan Negara, hari ini.

Beliau memberitahu, sebanyak 18 tren telah selesai menjalani ujian Fault Free Run (FFR) manakala empat lagi masih dalam peringkat ujian sebelum diteruskan dengan fasa Trial Run dan Trial Operations.

CATEGORIES
Share This