
Lebih RM6 bilion diperuntuk untuk projek pembangunan sekolah daif di Sabah
KUALA LUMPUR,. Kerajaan meluluskan 389 projek pembangunan semula sekolah yang mempunyai bangunan daif di Sabah dengan kos berjumlah RM6.07 bilion dari 2016 hingga Ogos ini.
Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata daripada jumlah itu, 233 projek telah siap, 64 projek dalam fasa pembinaan manakala 92 projek pada fasa pra-bina.
“Peruntukan penyelenggaraan sekolah kerajaan yang disalurkan Kementerian Pendidikan untuk Sabah bagi tujuan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih infrastruktur bagi 2023 adalah berjumlah RM98.51 juta, sementara RM54.35 juta (2024) dan setakat Julai 2025, sebanyak RM101.79 juta,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) mengenai jumlah sekolah daif di Sabah yang dikenal pasti pada 2023 dan jumlah peruntukan penyelenggaraan bangunan sekolah yang disediakan setiap tahun dari 2023 hingga 2025.
–BERNAMA

