Lagi gajah mati ditemui di Bakapit, Lahad Datu

Lagi gajah mati ditemui di Bakapit, Lahad Datu

LAHAD DATU,. Satu lagi bangkai gajah ditemui di Bakapit dekat sini, hari ini.

Pegawai Hidupan Liar Sabah di Lahad Datu Sylvester Saimin berkata bangkai haiwan itu ditemui pada 6.30 pagi tadi oleh pekerja ladang.

“Pihak kami sudah ke lokasi kejadian dan siasatan sedang dijalankan. Maklumat penuh akan dikongsikan selepas laporan post mortem dikeluarkan,” katanya.

Dalam tempoh empat bulan ini, beberapa ekor gajah ditemui mati di Kalabakan, Sungai Kinabatangan, Beluran dan terkini di Bakapit.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )