KPT sediakan perancangan komprehensif perkasa TVET

KPT sediakan perancangan komprehensif perkasa TVET

KUALA LUMPUR,. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyediakan perancangan komprehensif bagi memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) KPT melalui penyediaan Hala Tuju Transformasi Politeknik 2023-2035 dan TVET Termaju Rangkaian Universiti-Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) 2030.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata perancangan komprehensif itu diperkasakan bagi meningkatkan peluang pelajar pelbagai kaum melanjutkan pengajian dalam bidang TVET.

“Transformasi Politeknik 2023-2035 secara strategiknya memperkukuh peranan Politeknik Malaysia sebagai institusi TVET yang berdaya saing menjelang 2035 dengan aspirasi meningkatkan penyertaan pelajar dalam pendidikan TVET di politeknik,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohd Misbahul Munir Masduki (PN-Parit Buntar) yang ingin tahu pelan komprehensif yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan peluang pelajar pelbagai kaum melanjutkan pengajian dalam bidang TVET.

Menurut Mustapha, TVET Termaju MTUN 2030 merupakan inisiatif memperkasakan pendidikan TVET KPT bagi membangunkan bakat melalui kepakaran teknikal, kemahiran insaniah serta keusahawanan di MTUN.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )