KPM sasar 80 peratus lepasan tingkatan enam lanjut pelajaran ke universiti awam

KPM sasar 80 peratus lepasan tingkatan enam lanjut pelajaran ke universiti awam

KUALA LUMPUR,. Kementerian Pendidikan (KPM) menyasarkan 80 peratus lepasan tingkatan enam melanjutkan pelajaran ke universiti awam selepas pembaharuan dan pemerkasaan pendidikan tingkatan enam, menurut Timbalan Menteri berkenaan Wong Kah Woh.

Beliau berkata berdasarkan statistik KPM, peratusan pelajar tingkatan enam yang menyambung pengajian ke peringkat universiti awam ialah 66.85 peratus pada sesi pengajian 2021-2022, diikuti 67.87 peratus bagi sesi pengajian 2022-2023 dan meningkat kepada 68.03 peratus (sesi pengajian 2023-2024).

Selain itu, beliau berkata KPM juga sedang meneliti cadangan pelaksanaan single entry exam bagi lepasan matrikulasi dan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi (IPT).

Wong menjawab soalan tambahan Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) berhubung usaha kerajaan menangani persepsi awam, iaitu lepasan matrikulasi mempunyai peluang lebih cerah melanjutkan pelajaran ke IPT dan perancangan menyatukan matrikulasi dan STPM supaya berada pada landasan sama, pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )