KPM peruntuk RM60,000 untuk pembaikan SMK Seri Perpatih – Maszlee

KPM peruntuk RM60,000 untuk pembaikan SMK Seri Perpatih – Maszlee

JEMPOL, 7 Okt — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan RM60,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perpatih di sini bagi tujuan penyelenggaraan dan pembaikan kecil sekolah.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik ketika mengumumkan perkara itu berkata peruntukan itu adalah untuk tahun ini dan ia melibatkan kerja-kerja seperti pendawaian elektrik, mekanikal dan penambahbaikan infrastruktur sekolah.

Beliau dalam masa yang sama turut mengumumkan pemberian sebuah bas sekolah bagi kegunaan pelajar di empat buah sekolah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Palong iaitu SMK Seri Perpatih, SMK Palong 2, SMK Palong 7 dan SMK Alam Beraja.

Dalam ucapannya pada program Motivasi Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 DUN Palong di SMK Seri Perpatih, di sini, hari ini, beliau turut menekankan mengenai pentingnya amalan membaca di kalangan pelajar bagi menjamin masa depan yang lebih baik.

Terdahulu beliau mengadakan lawatan ke Kolej Vokasional Juasseh, Kuala Pilah.

— BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )