Kerajaan tidak nasihat Agong lanjut darurat – Takiyuddin

Kerajaan tidak nasihat Agong lanjut darurat – Takiyuddin

KUALA LUMPUR,. Kerajaan memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan pelanjutan darurat, yang dijadual tamat pada 1 Ogos ini, Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan. berkata kerajaan juga memutuskan untuk membatalkan ordinan-ordinan yang dibuat semasa Proklamasi Darurat berkuat kuasa.

“Saya ingin sahkan hari ini, dan saya tertakluk (pada peraturan) kalau saya bercakap tidak benar, bahawa kerajaan Persekutuaan memutuskan untuk tidak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat yang baharu apabila (ia) tamat pada 1 Ogos nanti.

“Kerajaan juga telah buat keputusan berdasarkan Perkara 150 (3) Perlembangaan Persekutuan untuk membatalkan ordinan-ordinan darurat yang telah dibuat semasa proklamasi darurat, maka isu ungkai atau annulment tidak lagi relevan… enam ordinan direvoke (batal) berkuat kuasa 21 Julai 2021,” katanya tanpa menyatakan enam ordinan terlibat.

Beliau berkata demikian menjawab persoalan yang dibangkitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) mengenai hala tuju mesyuarat khas Dewan Rakyat yang berlangsung hari ini.

– Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )