Kekurangan pekerja sosial antara cabaran tangani masalah sosial – Wan Azizah

Kekurangan pekerja sosial antara cabaran tangani masalah sosial – Wan Azizah

KUALA LUMPUR,. Kekurangan pekerja sosial antara punca ketidakcekapan pengurusan dalam menangani masalah sosial di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengakui bahawa pada masa ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mempunyai jumlah kakitangan yang cukup.

“Berdasarkan kajian MAMPU nisbah pekerja sosial JKM kepada populasi penduduk Malaysia ialah 1 (seorang) pekerja kepada 8,576 orang (1:8,576)

“ Nisbah ini memang besar jika dibandingkan negara-negara lain seperti di Amerika Syarikat ; 1 kepada 490, di Australia ; 1 kepada 1,040, United Kingdom 1 kepada 3,025 dan di negara jiran kita, Singapura, 1 kepada 3,448,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Selain itu, katanya kepelbagaian fungsi di luar skop kerja yang terpaksa dipikul oleh pegawai JKM juga menyebabkan berlaku ketidakcekapan dalam pengurusan perlindungan sosial.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya) yang mahu tahu sama ada kementerian akan mengkaji keberkesanan sistem perlindungan sosial di bawah JKM selepas didakwa Pelapor Khas PBB sebagai ‘framented’ dan tidak mempunyai pekerja sosial yang mencukupi.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )