Jawapan – Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani @MyDSA_official Soalan no 11 – MP Tenom

11. PR-1423-L06625
Puan Noorita binti Sual [ Tenom ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah usaha Kementerian dalam meringankan kos sara hidup golongan petani dan peladang terutamanya di pedalaman Sabah dan adakah Kementerian bercadang untuk meneruskan program Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen.

@MyDSA_official @moamalaysia

Jawapan Menteri

Tuan Yang Di-Pertua,

1. Sebagai usaha untuk meringankan kos sara hidup golongan petani dan peladang, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) melalui Jabatan/ Agensi telah pun menyediakan pelbagai bentuk bantuan dalam meringankan kos sara hidup kepada golongan sasar.

2. Kementerian telah menyediakan bantuan kepada golongan sasar melalui pembiayaan kos pembukaan / penyediaan kawasan dan kos input pertanian seperti bahan tanaman, baja dan peralatan ladang. Pada masa yang sama, khidmat nasihat daripada pegawai pengembangan juga dilakukan secara berterusan. Dengan demikian, para petani dan peladang ini dapat dibimbing dan dipantau pencapaian mereka.

3. MOA juga di bawah inisiatif Sekretariat Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) bertindak sebagai ketua kluster makanan memberi fokus kepada usaha menambahbaik bekalan makanan segar agar mencukupi, stabil dan selamat untuk dimakan. Penekanan MOA ialah kepada meningkatkan pengeluaran agromakanan supaya dapat menstabilkan harga pasaran di sepanjang rantaian pembekalan dan pemasaran makanan bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat. Oleh itu, di bawah pelan tindakan sara hidup negara yang sedang dibangunkan oleh Sekretariat NACCOL KPDNHEP, MOA menumpukan kepada pelaksanaan program dan inisiatif dalam menyumbang kepada harga makanan yang lebih berpatutan dan kompetitif untuk rakyat. Pada masa yang sama, MOA memastikan kebajikan petani, penternak dan nelayan yang kebanyakannya adalah dalam golongan B40 turut diambilkira.

4. Antara program yang telah dirangka dan dilaksanakan untuk menjadikan sektor agromakanan sebagai sumber pendapatan yang tetap dan menguntungkan adalah seperti:

i. Program Sumber Kekayaan Baharu (SKB) menerusi Program Pembangunan Industri Ruminan, kelapa, durian, nanas dan jagung bijian;
ii. Pembangunan Industri Hiliran;
iii. Projek Pertanian Rakyat

5. Seterusnya, dimaklumkan juga bahawa Program Majlis Pembangunan Pertanian Kawasan Parlimen (MPPP) telah dilaksanakan di bawah MOA melibatkan 222 kawasan Parlimen dengan kos keseluruhan sebanyak RM44.3 juta sepanjang Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10). Walau bagaimanapun, bagi RMKe-11 tiada peruntukan diberikan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) kini dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA). Sehubungan itu, Kementerian tidak lagi bercadang untuk meneruskan program MPPP.

Sekian, terima kasih.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )