Hanya lima daripada 19 projek KKR di Sarawak berstatus aktif – Eddin Syazlee

Hanya lima daripada 19 projek KKR di Sarawak berstatus aktif – Eddin Syazlee

KUALA LUMPUR,. Hanya lima daripada 19 projek yang dilaksanakan Kementerian Kerja Raya (KKR) di Sarawak masih berstatus aktif, kata Timbalan Menteri berkenaan Datuk Eddin Syazlee Shith.

Beliau berkata bagaimanapun, jumlah itu tidak termasuk projek mega Lebuhraya Pan Borneo Sarawak yang bernilai RM16.11 bilion.

“Daripada lima projek yang masih aktif tersebut, dua projek sedang dalam pelaksanaan manakala tiga projek masih dalam peringkat persediaan,” katanya menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Ahmad Johnie meminta kerajaan menyatakan jumlah projek pembinaan KKR di Sarawak yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan apakah tindakan proaktif yang diambil bagi menangani masalah ini terutama bagi projek yang bergantung kepada tenaga kerja asing.

Eddin Syazlee berkata pihaknya mengakui bahawa pandemik COVID-19 yang melanda negara pada ketika ini telah menyebabkan banyak projek terjejas, namun lanjutan masa dan garis masa baharu telah diberikan kepada projek-projek berkenaan.

“Oleh yang demikian, setakat ini semua projek masih diteruskan dan kemajuan projek berjalan mengikut garis masa baharu yang telah dikemas kini,” katanya.

Berhubung kebergantungan kepada tenaga kerja asing, beliau berkata jumlah pekerja asing bagi projek-projek pembangunan KKR di Sarawak (selain projek Lebuhraya Pan Borneo), adalah amat sedikit iaitu sekitar 21 peratus dan tidak menjejaskan kemajuan projek.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )