Fungsi PLANMalaysia kembali di bawah KPKT

Fungsi PLANMalaysia kembali di bawah KPKT

PUTRAJAYA,. Fungsi PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) kini diletakkan kembali di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) selepas penstrukturan semula kerajaan pusat.

PLANMalaysia menerusi notis pemakluman yang dikeluarkan hari ini turut mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan seluruh pentadbiran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) selepas ditadbir urus kementerian berkenaan kira-kira dua tahun.

“PLANMalaysia mengharapkan kerjasama strategik antara jabatan dan KWP akan berterusan di masa hadapan untuk memartabatkan pembangunan spital negara yang mampan demi kesejahteraan dan keselamatan negara,” katanya.

Pada 19 Oktober 2019, Menteri Wilayah Persekutuan pada masa itu, Khalid Abd. Samad mengumumkan PLANMalaysia akan beroperasi di bawah pentadbiran KWP, namun fungsinya tetap sama dan menyeluruh.

– WILAYAHKU

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )