Dewan Rakyat: Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Dewan Rakyat: Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR,. Sidang Dewan Rakyat hari ini bermula 10 pagi dengan dikendalikan Yang Dipertua dewan, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Mohamad Ariff memulakan sidang dengan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan menyampaikan titah diraja pada 18 Mei lalu dan beliau mengarahkan ia dibentangkan di majlis mesyuarat.

Beliau turut mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan daripada pembangkang untuk dilantik sebagai ketua pembangkang.

Sidang kali ini akan berlangsung selama 25 hari sehingga 27 Ogos depan.- BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )