Dewan Negara lulus Belanjawan 2023

Dewan Negara lulus Belanjawan 2023

KUALA LUMPUR,. Persidangan Dewan Negara pada Rabu meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) tanpa pindaan dengan lebih suara yang bersetuju.

RUU itu adalah untuk perbelanjaan berjumlah RM388.10 bilion iaitu RM289.1 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM99 bilion bagi perbelanjaan pembangunan termasuk RM2 bilion sebagai simpanan luar jangka.

Ia diluluskan selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong.

Sebanyak 50 Ahli Dewan Negara telah mengambil bahagian dalam sesi perbahasan yang bermula pada 29 Mac lepas.

Sehari sebelum iu, Dewan Rakyat meluluskan RUU tersebut melalui undian suara majoriti.

RUU itu merupakan belanjawan pertama di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persidangan Dewan Negara bersambung esok.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )