Belanjawan 2021: Kerajaan peruntuk RM1 bilion bagi bendung gelombang ketiga COVID-19

Belanjawan 2021: Kerajaan peruntuk RM1 bilion bagi bendung gelombang ketiga COVID-19

KUALA LUMPUR,. Sebanyak RM1 bilion akan diperuntukkan untuk membendung gelombang ketiga COVID-19 pada tahun hadapan, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Berucap pada pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini, beliau berkata peruntukan itu akan merangkumi RM475 juta bagi pembelian reagen, kit saringan dan bahan guna habis khusus untuk kegunaan Kementerian Kesihatan (KKM).

Katanya peruntukan itu juga merangkumi RM318 juta bagi penyediaan peralatan perlindungan peribadi (PPE) dan cecair sanitasi tangan kepada petugas barisan hadapan KKM dan sebanyak RM150 juta kepada Agensi Pengurusan Bencara Negara bagi menyelaras usaha memerangi COVID-19.

Selain itu, sebanyak RM50 juta diperuntuk bagi perolehan peralatan, bekalan ujian makmal dan ubat-ubatan di Hospital Pengajar Universiti.

Beliau berkata peruntukan itu juga merangkumi untuk tujuan menambah peralatan pengoperasian fasiliti pergigian, pekhidmatan secara maya serta penyediaan fasiliti zon saringan dan termometer di kemudahan kesihatan bagi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )