Belanjawan 2020 sedia biaya mencukupi untuk bangun ekosistem inovasi nasional yang lebih kukuh – Ahli Akademik

Belanjawan 2020 sedia biaya mencukupi untuk bangun ekosistem inovasi nasional yang lebih kukuh – Ahli Akademik

KUALA LUMPUR,. Belanjawan 2020 bukan sahaja berhemat malah menyediakan pembiayaan yang mencukupi untuk membina ekosistem inovasi nasional yang lebih kukuh, kata ahli akademik.

Naib Presiden (Penyelidikan dan Pembangunan) Monash University Malaysia Prof. Mahendhiran Nair berkata belanjawan itu memperkasa firma dan rakyat untuk memperoleh sumber yang diperlukan untuk menjadi lebih cergas, responsif dan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan kompetitif.

“Belanjawan 2020 merupakan belanjawan pertama yang menyediakan platform membangunkan negara untuk menjadi ekonomi maju menjelang 2030 seperti yang digariskan dalam SPV2030 (Wawasan Kemakmuran Bersama 2030),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahendhiran yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Monash Malaysia Research and Development, berkata insentif yang dicadangkan dalam belanjawan itu juga akan membolehkan firma Malaysia meningkatkan rantaian nilai inovasi global.

“Walaupun firma mungkin menyuarakan kebimbangan ekoran kenaikan gaji minimum, peruntukan yang mencukupi diberikan dalam belanjawan untuk mereka memperoleh daya saing kos menerusi penggunaan teknologi baharu dan mengguna skim insentif rakyat tempatan,” katanya.

Selain itu, beliau berkata belanjawan itu juga memberi penekanan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat Malaysia dengan pelbagai insentif cukai dan program pemindahan tunai untuk B40, termasuk subsidi petroleum dan kadar tol yang lebih rendah.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )