Azhar Azizan dilantik Speaker Dewan Rakyat baharu

Azhar Azizan dilantik Speaker Dewan Rakyat baharu

KUALA LUMPUR,. Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon, memaklumkan pemilihan Azhar dibuat selepas hanya ada seorang calon dikemukakan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan bekas Azhar dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah memastikan Azhar bersetuju untuk berkhidmat jika dipilih berdasarkan Peraturan Mesyuarat 4(1), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Azhar kemudian mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu.

Bagaimanapun majlis angkat sumpah itu bertukar kecoh apabila wakil rakyat pembangkang berterusan mempersoalkan pelantikan Azhar.

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )