Akta Penyemakan Undang-Undang 1968

Akta Penyemakan Undang-Undang 1968

RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a

Suatu Akta untuk meminda Akta Penyemakan Undang-Undang 1968.

[ ]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penyemakan Undang-Undang (Pindaan) 2019.

(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada 1 Ogos 2019.

Pindaan seksyen 6

2. Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 [Akta 1], yang disebut “Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 6, dengan memasukkan selepas perenggan (1)(xvii) perenggan yang berikut:

“(xviia) untuk membuat apa-apa perubahan dalam mana-mana undang-undang bertulis untuk menunjukkan apa-apa pertukaran nama jawatan, atau pemindahan apa-apa fungsi atau tanggungjawab, mana-mana Menteri, atau pertukaran nama mana-mana Kementerian;”.

2
Pindaan seksyen 14

Rang Undang-Undang

3. Subseksyen 14(2) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “(xvii),” perkataan “(xviia),”.

Permulaan kuat kuasa pertukaran atau pemindahan

4. Apa-apa pertukaran nama jawatan, atau pemindahan apa-apa fungsi atau tanggungjawab, mana-mana Menteri, atau pertukaran nama mana-mana Kementerian, hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pertukaran nama jawatan, atau pemindahan apa-apa fungsi atau tanggungjawab, mana-mana Menteri, atau pertukaran nama mana-mana Kementerian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Penyemakan Undang-Undang 1968 (“Akta 1”).

2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan permulaan tarikh kuat kuasa Akta yang dicadangkan.

3. Fasal 2 bertujuan untuk meminda seksyen 6 Akta 1 untuk memasukkan perenggan baharu (xviia) ke dalam subseksyen (1) untuk memberi Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang kuasa untuk membuat apa-apa perubahan dalam mana-mana undang-undang bertulis untuk menunjukkan apa-apa pertukaran nama jawatan atau pemindahan apa-apa fungsi atau tanggungjawab seseorang Menteri atau pertukaran nama mana-mana Kementerian dari semasa ke semasa mengikut Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan yang dibuat di bawah Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 [Akta 2].

Pada masa ini, sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen 4 Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 dan subseksyen 8(2) Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], apa-apa rujukan kepada nama jawatan seseorang Menteri dalam mana-mana undang-undang bertulis merujuk kepada Menteri yang pada masa itu diberi fungsi atau dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara itu di bawah undang-undang bertulis itu, atau kepada Menteri yang pada masa itu diberi nama jawatan itu.

Dengan pindaan yang dicadangkan ini, Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang boleh membuat perubahan yang perlu dalam mana-mana undang-undang bertulis dari semasa ke semasa supaya selaras dengan Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan.

Penyemakan Undang-Undang (Pindaan) 3

4. Fasal 3 bertujuan untuk meminda subseksyen 14(2) yang berbangkit daripada pindaan seksyen 6. Dengan pindaan yang dicadangkan ini, Pesuruhjaya Penyemak Undang-Undang akan mempunyai kuasa untuk membuat apa-apa perubahan sebagaimana yang diperuntukkan dalam fasal 2 yang dicadangkan melalui cetakan semula undang-undang.

5. Fasal 4 bertujuan untuk memperuntukkan bahawa apa-apa perubahan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pertukaran nama jawatan, atau pemindahan apa-apa fungsi atau tanggungjawab mana-mana Menteri, atau pertukaran nama mana-mana Kementerian itu, yang dibuat menurut kuasa sebagaimana yang dicadangkan dalam fasal 2 dan 3, hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh pertukaran nama jawatan, atau pemindahan apa-apa fungsi atau tanggungjawab mana-mana Menteri, atau pertukaran nama mana-mana Kementerian itu.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini.

[PN(U2)3177]

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )