Ahli Parlimen dari kawasan TEMCO perlu jalani saringan COVID-19

Ahli Parlimen dari kawasan TEMCO perlu jalani saringan COVID-19

KUALA LUMPUR,. Ahli Parlimen yang balik ke kawasan terutama yang diumumkan perintah kawalan diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran (TEMCO) perlu membuat ujian saringan COVID-19 sebelum dibenarkan menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata langkah berjaga-jaga itu selari arahan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha menangani penularan wabak berkenaan.

“Kita sedia maklum pada minggu lalu, satu kluster baharu berkemungkinan berpunca daripada ‘super spreader virus strain’ (jenis virus yang menular secara cepat) melanda di kawasan utara Semenanjung.

“Oleh itu, sebagai langkah berjaga-jaga dan mengekang penularan COVID-19, selain memastikan sidang Dewan Rakyat berjalan lancar, maka saya ingin sarankan kumpulan berikutan membuat ujian COVID-19.

“Mereka yang bergejala, individu dalam siasatan (PUI), individu dalam pemantauan (PUS), kontak rapat kepada kes positif, …. kerana saya tahu Yang Berhormat pulang ke kawasan masing-masing.

“Sesiapa di dalam kawasan yang diumumkan perintah kawalan diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran (TEMCO), jadi yang pulang kawasan berkenaan, maka selari arahan KKM, perlu buat ujian sebelum datang semula ke dewan,” katanya ketika menyampaikan pemasyhuran Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )