459 jururawat PSL akan ditempatkan di Sabah

459 jururawat PSL akan ditempatkan di Sabah

KUALA LUMPUR,. Sebanyak 459 jururawat yang dilantik menerusi Program Peningkatan Secara Lantikan (PSL) akan ditempatkan di Sabah bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan kesihatan di negeri itu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Hanifah Hajar Taib berkata jumlah itu adalah daripada 3,254 jururawat lantikan tetap graduan PSL.

“Selain itu, untuk meningkatkan bilangan jururawat Kementerian Kesihatan (KKM), kita mengubahkan dari segi kontrak ke pekerjaan tetap, kenaikan pangkat dan juga keluaran graduan,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Edward Linggu Bukut mengenai usaha KKM dalam masa terdekat untuk menutup jurang perkhidmatan kesihatan antara Sabah dan Semenanjung khususnya di kawasan pedalaman.

–BERNAMA

CATEGORIES
Share This