18,880 permohonan subsidi bernilai RM1.69 bilion kepada penternak dilulus

18,880 permohonan subsidi bernilai RM1.69 bilion kepada penternak dilulus

KUALA LUMPUR,. Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) telah meluluskan 18,880 permohonan subsidi bernilai RM1.69 bilion kepada penternak ayam pedaging dan ayam penelur untuk membantu mengatasi kenaikan kos pengeluaran, setakat Selasa lepas.

Menurut MAFS kelulusan itu merupakan antara langkah jangka pendek membantu penternak ayam dan khinzir bagi mengurangkan kos pengeluaran telur, ayam dan khinzir seterusnya dapat mengurangkan kos barang makanan ini di pasaran.

“Selain itu, MAFS juga melaksanakan tindakan mitigasi bagi mengawal pemerebakan wabak demam babi Afrika (ASF) yang menjangkiti khinzir,” menurut kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen semalam.

Ia bagi menjawab soalan Chiew Choon Man (PH-Miri) yang mahu kementerian menyatakan perancangan untuk menawarkan bantuan kepada penternak ayam dan khinzir.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )