(16 Julai 2020 ) Waktu Pertanyaan Menteri Soalan NO 1 – PM
PR-1432-MQT0822
Datuk Hajah Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun [ Beaufort ] minta PERDANA MENTERI menyatakan komitmen Kerajaan dalam menangani isu integriti dan rasuah dalam negara yang kini dilihat lebih tertumpu kepada ekonomi dan kesihatan akibat pandemik COVID-19 serta apakah perkembangan status kesemua inisiatif yang terkandung dalam Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 dan adakah usaha daripada Kerajaan untuk memperkemas NACP tersebut dalam menentukan hala tuju baharu setelah hampir 2 tahun pelaksanaannya semenjak dilancarkan pada Januari 2019.
CATEGORIES Waktu Pertanyaan Menteri