10,214 warden bertugas di institusi KPM setakat 30 Sept

10,214 warden bertugas di institusi KPM setakat 30 Sept

KUALA LUMPUR,. Seramai 10,214 warden bertugas di institusi Kementerian Pendidikan (KPM) setakat 30 Sept lepas, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 9,428 warden adalah guru, manakala 786 lagi dilantik daripada kalangan bukan guru.

Wong berkata bagi institusi berasrama penuh, 600 Pembantu Warden Asrama Sepenuh Masa akan dilantik melalui program Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) bagi meningkatkan pemantauan keselamatan serta mengurangkan beban tugas warden.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan (PH-Tasek Gelugor) sama ada KPM bercadang melantik atau memperluas peranan pembantu pengurusan murid yang juga boleh berperanan sebagai warden asrama.

–BERNAMA

CATEGORIES
Share This