1.19 juta rakyat terlibat program AI untuk Rakyat setakat 4 Okt

1.19 juta rakyat terlibat program AI untuk Rakyat setakat 4 Okt

KUALA LUMPUR,. Seramai 1.19 juta rakyat Malaysia terlibat dalam program AI untuk Rakyat setakat 4 Oktober lepas, menurut Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Beliau berkata daripada jumlah itu, kira-kira 7,000 peserta adalah bagi kategori di bawah umur 18 tahun, 422,000 (18 hingga 35), 599,000 (36 hingga 50) dan 170,000 (50 tahun ke atas).

“Program ini bertujuan meningkatkan literasi digital dan pemahaman rakyat mengenai AI dengan program ini menyediakan modul pembelajaran kendiri dalam talian yang boleh diakses semua lapisan masyarakat,” katanya menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras) mengenai rancangan kerajaan merapatkan kesenjangan dan jurang digital antara rakyat yang mungkin disebabkan oleh kecerdasan buatan (AI).

–BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )