Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | September 23, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

‘YB berdua yang tak faham peraturan’

‘YB berdua yang tak faham peraturan’

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) menegur Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) supaya hanya membahaskan undang-undang dipinda dan tidak menyentuh ‘undang-undang ibu’.

Ia berlaku ketika sesi perbahasan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2018 (Pindaan) (Akta 694).

Hanipa ketika membahaskan pindaan akta itu kerap membangkitkan pelbagai isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengaitkan derma diterima Perdana Menteri daripada pemimpin Arab yang didakwa tidak didedahkan semua butirannya.

Che Mohamad Zulkifly kemudian berdiri lalu menyebut berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36(1), seseorang ahli Dewan perlu membahaskan rang undang-undang yang ingin dipinda saja dan tidak menyentuh undang-undang asal dalam perbahasan.

Bagaimanapun, Hanipa tetap mempersoalkan isu 1MDB dan derma itu sambil mendakwa sebagai peguam dan mempunyai kelulusan undang-undang, beliau berhak bertanya soalan terbabit.

Jawapan Hanipa itu menyebabkan Che Mohamad Zulkifly berdiri semula sambil mendakwa Ahli Parlimen Sepang berkenaan tidak memahami Peraturan Mesyuarat dan undang-undang.

“Sepang, kamu tidak faham. Peraturan Mesyuarat 36(1) menetapkan perbahasan perlu tertumpu kepada rang undang-undang yang hendak dipinda, bukannya bahas undang-undang induk.

“Peguam apa macam ini kalau tidak faham undang-undang dan peraturan. Sepatutnya Sepang hanya bahas perkara berkaitan RUU yang hendak dibahaskan saja, bukan undang-undang ibu,” katanya.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang berusaha menenangkan kedua-dua Ahli Parlimen terbabit menegaskan memahami peraturan mesyuarat dibangkitkan Che Mohamad Zulkilfy dan meminta Hanipa tidak mengaitkan isu 1MDB dan derma.

Tindakan Hanipa terus membangkitkan isu berkenaan menyebabkan kedua-duanya kembali bertikam lidah hingga memaksa Pandikar Amin membuat teguran.

“Yang berhak menafsir sesuatu Peraturan Mesyuarat adalah Speaker. Jika Ahli Yang Berhormat tidak sependapat, apa kata keluar sebentar ‘pekena’ kopi atau minum teh, selepas itu boleh sambung semula,” katanya sambil disambut hilai ketawa Ahli Parlimen di dalam Dewan.

Tindakan Che Mohamad Zulkfily dan Hanipa terus bertekak mengenai Peraturan Mesyuarat itu menyebabkan Pandikar Amin berkata: “Yang tidak faham peraturan adalah Yang Berhormat berdua.”

Ia menyebabkan kedua-duanya duduk sebelum perbahasan disambung kepada sesi petang.

Submit a Comment