Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | November 14, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Yang di-Pertuan Agong rasmi istiadat pembukaan Parlimen

Yang di-Pertuan Agong rasmi istiadat pembukaan Parlimen

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal kelima Parlimen Ke-13 sebentar tadi.

Keberangkatan tiba Sultan Muhammad V pada jam 10 pagi tadi disambut Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri S A Vigneswaran.

Turut menyambut keberangkatan baginda ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sultan Muhammad V menerima sembah ‘Hormat Diraja’ daripada Mejar Mohd Ridhwan Basheer yang mengetuai barisan kawalan keselamatan utama Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Selepas itu lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Kapten Muhammad Nor Azizan Yahya diikuti tembakan meriam 21 das.

Baginda kemudian memeriksa pasukan kawalan kehormat utama terdiri daripada 104 anggota dan empat pegawai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mohd Ridhwan.

Selesai istiadat, Sultan Muhammad V kemudian diiringi ke Bilik Diraja untuk bergambar sebelum ke Dewan Rakyat bagi menyampaikan titah ucapan perasmian.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung selama 20 hari hingga 6 April, manakala Dewan Negara dari 17 April hingga 27 April selama sembilan hari.

Persidangan kali ini kembali menggunakan bangunan Dewan Rakyat yang sudah dinaik taraf selepas menjalani ubahsuai sejak 2012.

Submit a Comment