Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | September 23, 2018

Scroll to top

Top

Comment(s)

Yang di-Pertuan Agong rakam tahniah pada PDRM, ATM

Yang di-Pertuan Agong rakam tahniah pada PDRM, ATM

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, hari ini menyatakan iltizam untuk terus memperkukuhkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi dasar dan pentabdiran kerajaan dalam usaha memantapkan keselamatan negara.

Sultan Muhammad V turut merakamkan tahniah atas kejayaan PDRM dan ATM dalam menjaga keselamatan dan keamanan negara dengan mengurangkan kadar jenayah, membasmi fahaman radikal dan ajaran sesat serta ideologi militan yang bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Bila diizinkan, kerajaan beta berhasrat untuk menambah perolehan kelengkapan dan kenderaan, menjaga kebajikan mereka seperti menyediakan kuarters, memperluaskan faedah tertentu, termasuk kepada anggota yang cedera atau kepada keluarga veteran yang meninggal dunia sebelum tahun 2001 dan sebagainya,” titah baginda pada majlis Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi penggal kelima Parlimen Ke-13 di Parlimen, hari ini.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Seri S A Vigneswaran; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sultan Muhammad V turut mengalu-alukan tindakan kerajaan menempatkan lebih banyak aset dan fasiliti keselamatan seperti pangkalan operasi hadapan helikopter serta ‘sea basing’ di perairan pantai timur Sabah bagi meningkatkan keselamatan di kawasan berkenaan.

Titah baginda, kerjasama dan persefahaman yang dicapai dengan kerajaan Filipina berhubung kawalan keselamatan di Laut Sulu mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara terutama dalam bidang keselamatan.

Sementara itu, Sultan Muhammad V bertitah, bagi memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh, kerajaan baginda komited untuk meneruskan langkah konsolidasi fiskal bagi mencapai sasaran bajet berimbang pada tahun 2020.

Sehubungan itu, baginda bertitah, kerajaan akan terus berusaha gigih untuk mengambil langkah konkrit bagi meningkatkan lagi saiz ekonomi daripada RM1.3 trilion pada masa ini kepada RM2 trilion dalam tempoh tujuh hingga lapan tahun akan datang.

Di samping itu, baginda bertitah, untuk jangka panjang, kerajaan baginda akan turut berusaha untuk menjadikan Malaysia antara 20 negara ekonomi utama dunia.

Submit a Comment