Image Image Image Image Image Image Image Image Image Image

Parliament News | May 19, 2019

Scroll to top

Top

Comment(s)

Usul tergempar kutuk serangan pengganas dapat sokongan DUN N. Sembilan

Usul tergempar kutuk serangan pengganas dapat sokongan DUN N. Sembilan

SEREMBAN,. Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini sebulat suara meluluskan usul tergempar bagi mengutuk serangan pengganas di beberapa lokasi di Sri Lanka hingga mengorbankan lebih 200 nyawa, pada Ahad lepas.

Usul itu telah dikemukakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan negeri, Mohamad Taufek Abd Ghani dan dibahaskan kira-kira 20 minit sebelum ia diluluskan oleh anggota dewan.

Menerusi usul itu, Mohamad Taufek berkata, tiada agama di dunia ini akan menerima perbuatan kejam itu dan tindakan tegas harus diambil terhadap pelaku bukan sahaja kejadian di Sri Lanka bahkan serangan di Christchurch, New Zealand.

“Kejadian di Sri Lanka dan Christchurch, New Zealand adalah tindakan melampau. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk perbezaan pandangan politik harus bersama mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ini.

“Islam dan agama lain mementingkan keamanan dan kita tidak harus beri ruang kepada golongan seperti ini untuk terus berleluasa. Kami bersama kerajaan, Sri Lanka dan New Zealand menolak semua bentuk keganasan dan kebencian,” katanya pada Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Ke-14 di sini, hari ini.

Terdahulu, Speaker DUN Negeri Sembilan Datuk Zulkefly Mohamad Omar, membenarkan usul itu untuk dibahas meskipun mendapat sedikit tentangan daripada pihak pembangkang yang menyatakan bahawa sebarang usul tergempar harus dikemukakan kepada speaker sebelum ia dibentangkan.

Zulkefly bagaimanapun berkata, usul itu dibenarkan kerana ia membabitkan hal kemanusiaan dan mengorbankan nyawa yang tidak bersalah.

Usul itu kemudiannya disokong Nicole Tan (DAP-Bukit Kepayang) dan Datuk Zaiful Bahri Idris (BN-Chembong).

Satu siri letupan menggegarkan beberapa lokasi iaitu Gereja Kochikade, Gereja Katuwapitiya, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel dan Gereja St Barnabas di Batticaloa di Colombo pada 8.30 pagi waktu tempatan Ahad lepas, mengorbankan lebih 200 orang.

— BERNAMA

Submit a Comment